ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 12:44 Email | Share | Bookmark
KAYANGAN: KISAH CINTA DUA DUNIA HASIL ILHAM TUNKU MIMI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
http://www.kayangan.com.my
KAYANGAN: KISAH CINTA DUA DUNIA HASIL ILHAM TUNKU MIMI
Contributed by Giggs @ Gombak

Setelah deretan filem seram memasuki panggung tempatan sepanjang separuh pertama 2007, Raden Pictures Sdn Bhd muncul untuk mengubah selera penonton dengan filem cinta terbaru berjudul Kayangan. Filem yang berkisar tentang percintaan dua dunia yang berbeza ini adalah cetusan ilham Tunku Datuk Seri Mimi Wahida dan merupakan filem pertama terbitan Raden Pictures. Kayangan akan ditayangkan serentak diseluruh negara mulai 9 Ogos 2007.

Kayangan dibintangi oleh pelakon jelita, Nurfazura (Fazura) yang digandingkan dengan pelakon tampan Indonesia, Teuku Zacky. Turut membintangi filem ini ialah Dynaz, Eja, Opie Zami, Nazril Idrus, Julia Ziegler, Musatapha Kamal & Jalil Hamid. Kayangan diarah oleh sutradara berpengalaman, Raja Ahmad Alaudin dan disulami dengan lagu-lagu sountrack ciptaan Ajai. Kekuatan idea Tunku Mimi amat menakjubkan, dan pengalaman Raja Ahmad Alaudin pula berjaya mengembangkan idea tersebut dengan penuh kreatif.

Kayangan ialah sebuah sketsa percintaan dua insan dari taraf kehidupan yang berbeza, dimana erti kasih dan sayang dipersoalkan perbedaanya. Lakonan mantap Fazura dan Teuku Zacky dilihat mampu menyampaikan mesej sebenar iaitu kekayaan wang dan harta tidak dapat membeli sebuah cinta sejati. Selingan adegan-adegan lucu dan mencemaskan juga menjadikan filem ini sesuai untuk tontonan pelbagai peringkat umur.

Raden Pictures turut mengatur Road Tour untuk mempromosi filem dan album soundtrack Kayangan. Peminat juga dijangka berpeluang untuk bertemu para pelakon dan artis yang terlibat.
4 Ogos 2007 – Prangin Mall, Penang.
5 Ogos 2007 – Carrefour Seberang Perai, Penang.
11 Ogos 2007 – Mydin Subang Jaya & Selayang Mall.
12 Ogos 2007 – Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan.
18 Ogos 2007 – City Square & Plaza Angsana, Johor Bahru.
19 Ogos 2007 – Festiee Mall, Danga Bay, Johor.

Saksikan Kayangan di pawagam berhampiran mulai 9 Ogos 2007. Atau layari www.kayangan.com.my untuk pelbagai gambar dan maklumat lanjut.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net