Want your
own Fotopage?







 
ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Jul-2007 11:23 Email | Share | Bookmark
FAUZIAH LATIFF SUDAH BERCERAI

 
 
 
 
 
 
 
 
FAUZIAH LATIFF SUDAH BERCERAI
Contributed by Azila @ Kuantan

Penyanyi popular, Fauziah Latiff, 36, mengesahkan bahawa beliau sudah bercerai dengan suaminya, Johan Indot, 43, seorang ahli perniagaan, tiga bulan lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, penyanyi itu tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh perceraian mereka, sebaliknya dia berkata, tempoh edahnya tamat 27 Julai ini.

"Kami sudah cuba untuk menyelamatkan perkahwinan ini, namun tidak menemui jalan keluar. Justeru, perpisahan ialah pilihan terbaik untuk kami berdua," katanya di sini. Pasangan itu bernikah di London pada 19 Jun 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Jeffri Joaquim Indot, 8, dan Jeremy Jay Indot, 6. Ia perkahwinan kedua Jee yang sebelum itu pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, tetapi berpisah selepas tiga tahun.

Jee enggan mengulas panjang berhubung pergolakan rumah tangganya sebelum ini kerana ianya bersifat peribadi. Dia juga tidak pernah membohongi sesiapa mengenai status rumah tangganya. Kali terakhir beliau diajukan soalan mengenai perkara tersebut, dia masih lagi bergelar isteri kepada Johan. Dan, sejak tiga bulan lalu, tiada seorang pun yang bertanyakan mengenai status perkahwinannya. Penyanyi itu turut memberitahu, biarpun sudah membawa haluan sendiri, hubungannya dengan Johan masih baik demi masa depan kedua-dua anak mereka.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net