ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 11:58 Email | Share | Bookmark
KAYANGAN DI PAWAGAM MULAI 9 OGOS 2007

 
 
 
 
 
KAYANGAN DI PAWAGAM MULAI 9 OGOS 2007
Contributed by Nory @ Puchong

Apabila dua dunia menemukan seorang gadis desa dan seorang putera raja, “Kayangan” bermula. Melalui
satu kejadian di luar jangkaan, takdir menduga dua insan berlainan darjat dan kedudukan. Tengku Amir
menerajui dua korporat di kotaraya Kuala Lumpur (dibintangi oleh Teuku Zacky Azwar, bintang sensasi
Indonesia), manakala Maseira, seorang graduan yang terperangkap dalam idealismenya sendiri
(dibintangi oleh bintang popular Nur Fazura Sharifuddin).

Dari kejadian yang tidak di sangka, Maseira di dedahkan kepada dunia metropolitan yang serba
mencabar, apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Perubahan persekitaran
yang begitu mendadak menyaksikan Maseira cuba menyesuaikan diri tanpa mengkompromikan
pendiriannya. Walaupun bibit-bibit cinta menular, namun Tengku Amir terpaksa memendamkan
perasaan…. Tetapi, kerana apa?

Menjanjikan sebuah sketsa percintaan yang diuji dengan tragedi dan kesedihan, serta adegan adegan
lucu dan menghiburkan, “Kayangan” bakal menggamit dan mengujakan imaginasi penonton. Album runut
bunyi “Kayangan” yang diterbitkan khusus buat filem ini telah diberi sentuhan komposer tersohor, Ajai
dan menjanjikan lagu-lagu yang bakal mengemparkan dunia muzik tanahair.

Adakah taraf kehidupan menjadi halangan? Atau mampukah cinta membawa ke “sana”? Terbanglah ke
alam “Kayangan” bermula 9 Ogos 2007 di pawagam-pawagam terdekat anda!


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net