ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Aug-2007 10:12 Email | Share | Bookmark
LINDA-FAHRIN, MASIH TEMAN BIASA?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LINDA-FAHRIN, MASIH TEMAN BIASA?
Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ


MENJELANG usia 30 tahun, penyampai radio popular, pengacara dan pelakon Rozlindah Onn (Linda
Onn) sudah memiliki segala-galanya. Agak menghairankan pula soal berumah tangga bagaikan tiada
dalam kamus hidupnya.

Umum sudah tahu penyampai radio Era itu kian mesra dengan pelakon drama terkenal, Fahrin Ahmad,
29. Mereka juga dikhabarkan sama-sama ke Mekah menunaikan umrah. Ia seperti petanda awal kedua-
dua artis ternama ini akan mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Linda berkata, soal kahwin dan berumah tangga belum ada dalam agenda
hidupnya. Menurutnya lagi, sebelum memikul satu lagi tanggungjawab besar, dia mahu memastikan
kerjaya yang dibina seawal usia 19 tahun berada dalam keadaan stabil. Sememangnya Linda tidak
tertekan kerana tidak ditemani lelaki bergelar suami.

Mengenai hubungan akrabnya dengan Fahrin, jelas Linda, dia menyerahkan segalanya kepada peminat
untuk menilai adakah mereka hanya sekadar teman biasa ataupun gelora asmara mereka sedang
membara.

Bagaimanapun, Linda tidak berkecil hati dengan pelbagai cerita kurang menyenangkan dari peminat
mahupun pihak media mengenai hubungannya dengan Fahrin. Apa yang penting baginya hanya mereka
berdua saja tahu perkara sebenar. Bercerita lanjut mengenai pemergiannya melaksanakan ibadah umrah
buat kali kedua, jelas Linda, selain menemani ahli keluarga dia cuba mencari ketenangan selepas
berhadapan dengan kontroversi ‘kehilangannya’ sewaktu acara permaidani merah di Majlis Academy
Awards di Los Angeles lalu.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net