ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Aug-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
IMPIAN BESAR KRU

 
 
 
 
IMPIAN BESAR KRU
Contributed by Giggs @ Gombak

Bermula dengan penubuhan KRU oleh tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry, mereka
melangkah kedunia seni tanpa modal mahupun pengalaman. Demo rakaman lagu Viva Selangor
berjaya menarik perhatian syarikat rakaman EMI. Setelah menerima tawaran kontrak, KRU terus
aktif sehingga menjadi sebuah kumpulan terkenal di Malaysia.

Wang yang diperolehi dari nyanyian dijadikan modal untuk membuka syarikat sendiri. Kini KRU
Capital yang diterajui oleh Norman sebagai CEO, sudah mempunyai 6 anak syarikat serta 12 unit
perniagaan. Selain dari itu, KRU turut mempunyai rangkaian di luar Negara seperti KRU Singapura
Pte Ltd dan KRU Amerika Inc.

Kini KRU telah menceburi dunia perfileman melalui KRU Films dan Cicak-Man merupakan kejayaan
terbesar mereka setakat ini. Mereka juga bertanggungjawab dalam merakam album serta
menguruskan artis dibawah naungan KRU Music Group. Pengiklanan, penerbitan televisyen,
perkhidmatan korporat, pengurusan bakat dan produksi audio adalah antara peranan lain KRU
dalam merancakkan industri seni tanahair.

Memperluas serta memperkuatkan pengaruh di peringkat Asia Tenggara adalah sasaran mereka
hari ini. Sokongan keluarga merupakan aset paling penting dalam membina sebuah kejayaan.
Sumbangan para media juga amat dihargai oleh KRU. Semoga KRU terus berjaya dalam
memajukan industri seni di Malaysia.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net