ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Aug-2007 11:19 Email | Share | Bookmark
10 PERKARA MENARIK TENTANG FFM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
10 PERKARA MENARIK TENTANG
FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)

Contributed by Fariz @ Jalan Gasing


1. Perusahaan filem melayu bermula seawal tahun 1933 dengan filem Laila Majnun. Namun FFM
hanya wujud kira-kira 47 tahun selepas itu.

2. Era 1970-an merupakan era getir bagi industri perfileman melayu. Kematian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada 29 Mei 1973 serta kemasukkan filem-filem Barat, Hindi dan Hong Kong membuatkan industri ini lemas di tanahair sendiri.

3. Festival Filem Malaysia (FFM) yang pertama berlangsung pada 11-13 April 1980. Manakala malam kemuncak penganugerahan (Malam Merak Kayangan) telah diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

4. FFM adalah hasil cetusan idea wartawan hiburan melalui Entertainment Journalist Association (EJA), yang diterajui oleh presiden, Allahyarham Datuk Khalid Jefri. Sejak itu, EJA telah menganjurkan FFM1 & FFM2.

5. FFM1 telah melibatkan 16 filem yang diterbitkan dari Januari 1978 hingga Mac 1980. Penganjur telah membahagikan pertandingan kepada 3 kategori iaitu Heavy Drama (HD), Light Drama (LD) dan Komedi (K).

6. Antara tokoh yang menyedari kepentingan orang filem terhadap negara ialah Dr. Mahathir. Beliau telah menyarankan agar kerajaan memberi sokongan supaya FFM diteruskan. Sebanyak RM50,000.00 diperuntukkan untuk FFM1 dan RM40,000.00 untuk FFM2.

7. FFM1 dan FFM2 telah mendorong kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional (JFKN) iaitu sebuah badan perfileman sementara. Selepas itu, jawatankuasa itu ditukar kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

8. FINAS kemudiannya telah mengambil-alih penganjuran sejak FFM3. Pada tahun keenam, FINAS telah membabitkan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) bagi menganjurkan Pesta Filem Malaysia 7.

9. FFM7 pada tahun 1987 telah diadakan buat julung kalinya di Melaka. Walaupun EJA sudah tidak terbabit dalam penganjuran FFM, namun kategori Pengkritik Filem masih wujud pada tahun itu.

10. FFM20 baru-baru ini merupakan kali pertama ianya di anjurkan di sebuah institusi pengajian tinggi iaitu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net