ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Aug-2007 11:47 Email | Share | Bookmark
EJA SUDAH ADA TEMAN ISTIMEWA

 
EJA SUDAH ADA TEMAN ISTIMEWA
Contributed by Nur @ Cheras

Pelakon jelita, Siti Shahrizah Saifudin atau Eja, 35 tahun, akhirnya mengakui bahawa beliau kini sudah
mempunyai teman istimewa. Menurut Eja, lelaki yang sering dilihat bersamanya ialah teman istimewa
merangkap pengurusnya. Walaupun tidak mendedahkan identiti sebenar teman istimewanya itu, beliau
menjelaskan bahawa mereka telah lama kenal.

Persoalan mengenai teman istimewa Eja timbul apabila mereka muncul bersama di majlis perlancaran
jenama Mandalay dan konsert Ferhad di Planet Hollywood. Namun, Eja adalah seorang yang berprinsip
tidak mahu mencampur-adukkan karier dan hal peribadi. Beliau sebenarnya telah menafikan hubungan
istimewanya beberapa kali sebelum ini dan hanya mahu bercerita tentang kerjaya seninya. Bagi peminat
yang inginkan sesuatu yang luarbiasa dalam lakonan Eja, saksikan filem Kayangan yang kini ditayangkan
di pawagam seluruh negara.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net