ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Aug-2007 12:05 Email | Share | Bookmark
10 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS TONTON KAYANGAN

 
 
 
 
 
 
 
10 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS TONTON KAYANGAN
Contributed by Nur @ Cheras

1. Kalau anda rasa bahawa filem cinta amat berkurangan sejak kebelakangan ini! Dan anda sudah
jemu dengan cerita hantu atau seram, Kayangan membuka selera baru kepada penggemar filem
tempatan.

2. Filem ilham Tunku Mimi Wahida mengenai kisah cinta seorang gadis biasa dengan seorang
jejaka taraf berbeza. Sememangnya Tunku Mimi pun dah kahwin dengan anak Raja, maka
banyaklah unsur realiti yang boleh diharapkan dari filem Kayangan!

3. Filem cinta yang diserikan dengan pelakon-pelakon jelita, terutamanya Fazura yang membawa
watak utama. Pelakon jelita lain yang turut membintangi filem ini ialah Dynaz, Eja & Julia Ziegler.

4. Hero filem, Teuku Zacky ini pun boleh tahan kacak orangnya. Malah kemunculan Nazril dan
Mustapha Kamal memastikan Kayangan mempunyai ramai pelakon hensem yang pastinya
memuaskan mata yang memandang.

5. Raja Ahmad Alaudin bukan calang-calang pengarah, sutradara berpengalaman ini berjaya
mengolahkan idea Tunku Mimi kepada satu pengalaman yang indah, romantik dan menghiburkan.

6. Filem Kayangan turut disulami dengan nyanyian penyanyi-penyanyi terhebat di Malaysia seperti
Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Farah AF, Siti Sarah, Zahid AF, Shazzy & Sad Angry Babies.
Kebanyakan lagu yang diselitkan adalah hasil ciptaan komposer tersohor tanahair, Ajai.

7. Lawak spontan yang dipersembahkan dalam Kayangan oleh Opie Zami, Dee & Jalil Hamid
pastinya menggamatkankan panggung. Telatah mereka amat mencuit hati.

8. Sekiranya anda sedang atau telah bercinta, filem Kayangan mampu menyemarakkan lagi cinta
anda. Kepuasan menghayati filem cinta lebih dirasakan sekiranya menonton di panggung wayang
berbanding ditonton di kaca TV.

9. Kalau anda seorang peminat kereta, saksikan sebuah Porsche dan sebuah Ferrari membuat
kemunculan istimewa dalam filem ini. Tidak lupa, sebuah motorsikal Ducati turut digunakan untuk
satu babak kemalangan!

10. Filem Kayangan juga akan mengejutkan anda dengan penampilan istimewa beberapa tokoh
terkenal seperti Tunku Datuk Seri Nazarudin dan Datuk Nazim Tun Abdul Razak (husband Norjuma)…
Pelik tapi benar…


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net