ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Aug-2007 03:57 Email | Share | Bookmark
TUNKU MIMI KEMBALI HANGATKAN INDUSTRI SENI TANAHAIR

 
TUNKU MIMI KEMBALI HANGATKAN INDUSTRI SENI TANAHAIR
Contributed by Nory @ Puchong

Sepuluh tahun lamanya Tunku Datuk Seri Mimi Wahida menghilangkan diri dari dunia glamour.
Setelah berumahtangga pada tahun 1997, Tunku Mimi telah meninggalkan kerjaya sebagai
pengacara dan wartawan Majalah Tiga. Kini beliau kembali bukan sahaja ke kaca TV malah ke
layar perak melalui filem Kayangan. Walau bagaimanapun, beliau lebih selesa di belakang tabir
menulis sebuah kisah cinta yang difilemkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd.

Tunku Mimi yang pernah bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, tidak menyangka akan terbabit
dalam bidang seni. Kini, setelah mempunyai 3 cahayamata hasil perkongsian hidup dengan Tunku
Datuk Seri Nadzaruddin, kepuasan utamanya di bidang ini ialah melihat hasil kerjanya. Dalam filem
Kayangan, Tunku Mimi turut membuat penampilan istimewa bersama suaminya serta
menyumbangkan suara berduet dengan Ajai untuk salah satu lagu dalam Kayangan The Sountrack.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net