ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Sep-2007 12:25 Email | Share | Bookmark
JARAK USIA TIDAK HALANG CINTA AZIZAH-FAIRIL

 
 
JARAK USIA TIDAK HALANG CINTA AZIZAH-FAIRIL
Contributed by Faradilla @ PJ

Keikhlasan dan kesungguhan yang ditunjukkan Mohd Khafairil Mohd Khalil (Fairil), 28 tahun, telah membuka pintu hati Azizah Ariffin, 38 tahun, untuk menerima kehadiran seorang lelaki bergelar suami. Selepas lebih tiga tahun bersendirian membesarkan tiga cahaya mata lelaki Daniel, 12, Haikal, 9, dan Ashriel, 6, Azizah akhirnya memilih Fairil sebagai teman hidupnya.

Bibit pertemuan antara Azizah dan Fairil bermula ketika penggambaran iklan Mi Sedap di rumah sahabat karib Fairil, Ahmad Danial. Mereka kini bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran TV3. Menurut Fairil, Azizah memiliki ciri wanita idamannya dan berharap hubungan perkahwinan mereka akan berjalan seperti pasangan suami isteri yang lain. Azizah yang juga penerbit dan pengacara program Wanita Hari Ini berkata, sikap Fairil yang mengambil berat, matang dan penyayang menyebabkan hatinya terpaut untuk membina rumahtangga yang baru.

Pasangan berkenaan dinikahkan di kediaman pengantin perempuan di Bandar Utama. Pada majlis pernikahan itu, Azizah menerima wang hantaran bernilai RM 18,807 sempena tarikh pernikahan mereka. Fairil turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM 555 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Majlis persandingan telah diadakan sehari selepas itu di Grand Ballroom, Concorde Hotel Shah Alam. Sebelum ini, Azizah dan Fairil telah mengikat tali pertunangan mereka pada 16 Jun lalu selepas hampir setahun berkenalan.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net