ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Sep-2007 13:02 Email | Share | Bookmark
NORMAN KRU, DAVID TEO USAHAWAN CONTOH INDUSTRI HIBURAN

 
 
NORMAN KRU, DAVID TEO USAHAWAN CONTOH INDUSTRI HIBURAN
By AG

Penerbit filem Jangan Pandang Belakang, David Teo dan Ketua Eksekutif KRU Capital, Norman
baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan dalam bidang perniagaan. Pengiktirafan mereka bukanlah
di festival filem tetapi di sebuah majlis untuk tokoh korporat. Kedua-dua mereka hadir ke majlis
Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2007 anjuran Enterprise Asia yang turut dihadiri oleh ramai
tokoh korporat dan ahli perniagaan yang lain.

Walaupun dianggap baru dalam bidang perniagaan hiburan, David Teo telah menerbitkan 24 filem
cereka dan tiga perempat daripada jumlah filem itu mendapat kutipan box office. Beliau memenangi
Anugerah Tokoh Usahawan Baru bukan kerana perniagaannya dalam bidang lain tetapi atas nama
syarikat Metrowealth Movies Productions yang dinilai berdasarkan perolehan dan keuntungan yang
diraihnya. Kesungguhannya menghasilkan filem Melayu secara tidak langsung membuka peluang
kerjaya kepada bakat dan tenaga kerja Melayu.

Pada majlis itu juga, Norman KRU telah diiktiraf sebagai Usahawan Cemerlang. Kejayaan Norman
bersama dua adiknya, Yusry dan Edry adalah berdasarkan usaha mereka membina perniagaan
sejak 1992 dari modal sebanyak RM2,000 sahaja. Tetapi kini, mereka sudah ada asset bernilai
jutaan ringgit termasuk bangunan sendiri yang berharga RM4.8 juta. Norman, 36 tahun, ialah
Presiden dan Ketua Eksekutif kepada syarikat KRU Capital Sdn Bhd yang mempunyai 6 anak
syarikat iaitu KRU Music Group, KRU Publishing, KRU Communications, KRU Films, KRU Media
dan KRU Matrix. KRU Capital juga telah mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat dan
Singapura dengan penubuhan KRU America Inc. dan KRU Singapura Pte Ltd.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net