ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Sep-2007 12:08 Email | Share | Bookmark
MAWI TERSISIH DARI SENARAI VOKAL TERBAIK ERA?

 
 
 
MAWI TERSISIH DARI SENARAI VOKAL TERBAIK ERA?
Contributed by Azura @ Taman Samudra


Malam Anugerah ERA yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu ini menimbulkan pelbagai tanda
tanya apabila Mawi tidak dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Pilihan. Pencalonan yang
berdasarkan kepada undian peminat dan pendengar ERA amat mengejutkan para penyokong Raja
SMS itu. Walau bagaimanapun, Mawi tetap tersenarai dalam 4 pencalonan lain iaitu Vokal
Duo/Berkumpulan Terbaik, Lagu Pop Pilihan, Lagu Nasyid Pilihan dan Video Muzik Pilihan.

Menurut Pengurus Rancangan Radio ERA, Rostam Said, keputusan undian peminat telah dikira
oleh juruaudit. ERA hanya bertindak sebagai penganjur dan pengantara yang memutarkan lagu artis
di radio untuk peminat memilihnya. Beliau turut menafikan bahawa pihak ERA sengaja mewujudkan
kontroversi dengan mengsisihkan Mawi. Walaupun ramai yang menganggap pencalonan Mawi
dalam 4 kategori lain itu tidak cukup kuat, Rostam menegaskan bahawa setiap kategori di
Anugerah Era adalah sama saja kepentingannya.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net