ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 11:20 Email | Share | Bookmark
ERRA & ENGKU EMRAN BERTUNANG

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
117
 
 
ERRA & ENGKU EMRAN BERTUNANG
Contributed by Nott @ Sentul



Erra Fazira, 33, bakal menamatkan zaman janda apabila menerima pinangan dari pihak jejaka
pilihan hatinya, Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO)
SuriaFm di kediaman Erra, yang terletak di Damansara Kim pada petang Jumaat lalu..


Mereka telah menjalinkan hubungan selama tiga bulan, bersepakat untuk mengikat tali
pertunangan dalam suasana yang sederhana. Namun begitu, kemeriahan dan glamer tidak dapat
dipisahkan dari kehidupan Erra yang dianggap primadona filem melayu hari ini. Turut hadir
ialah Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, Raja Alawiyah, Habsah Hasan, Rubiah Suparman, beberapa
kenalan dan keluarga terdekat.


Erra melahirkan kesyukurannya kerana majlis pertunangan berjalan dengan selamat. Ini
merupakan pertunangan ketiga Erra yang pernah bertunang dengan Awie dan Yusry KRU. Beliau
juga menyatakan kelegaan kerana dapat bebas dari segala tohmahan dan kini mahu pandang ke
hadapan kearah kebahagiaan.


Majlis pertunangan Erra-Emran bermula pada jam 3.45 petang dan dihadiri oleh lebih kurang
100 orang tetamu yang membanjiri rumah teres dua tingkat Erra itu. Rombongan pihak lelaki
seramai 30 orang hadir berpakaian biru kehijauan, diketuai oleh bapa saudara Emran, Engku
Abu Bakar Engku Ngah. Mereka telah membawa lima buah hantaran iaitu sebentuk cincin tunang
emas putih bertatah berlian, sebentuk cincin risik emas putih, tepak sirih, sepasang
persalinan, sepasang kasut serta sebiji kek.


Pihak perempuan yang terdiri dari 50 orang diwakili oleh Mohamed Jusoh (ayah saudara kepada
Engku Emran) yang berpakaian krim coklat. Mereka membalas dengan tujuh dulang bekas hantaran
yang berisi tepak sirih, sepasang sampin songket, kemeja, songkok, butang baju melayu, sepasang
kasut, buah-buahan dan coklat.


Pada majlis itu, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran, malah hanya meminta
senaskah Al-Quran. Ibu Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke
jari manis Erra. Erra bagaikan seorang puteri yang sedang menanti di atas pelamin yang
bertemakan warna krim dan putih dengan hiasan jambangan bunga mawar merah berlatarkan kain
sutera berombak.


Erra kelihatan jelita dalam busana krim, putih hasil rekaan pereka muda Jovian Mandage. Wajahnya
sungguh ayu selendang renda warna putih suci. Emran pula kelihatan simple dengan kemeja putih
berseluar 'slack' hitam juga berada di perkarangan rumah Erra. Menurut Erra, mereka akan berkahwin
"paling awal selepas Hari Raya dan paling lambat bulan Disember."


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net