ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 11:37 Email | Share | Bookmark
ANUGERAH ERA 2007

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
68a6
 
 
 
ANUGERAH ERA 2007
Contributed by Giggs @ Gombak


10 YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN DI AE07

Walaupun mempunyai komitmen dengan persembahan pentas di tempat lain, Mawi tetap hadir buat
seketika bagi menceriakan para peminatnya. Pengorbanan Mawi untuk muncul dikarpet merah pada
malam tersebut tidak sia-sia apabila memenangi 3 dari 4 pencalonan anugerah ERA.

Ajai tidak lagi dapat menyembunyikan hubungan intim dengan kekasihnya, Liza. Mereka kelihatan
amat mesra sekalipun tidak duduk bersama semasa majlis berlangsung.


Kejayaan Mila menggondol dua anugerah sangat mengkagumkan. Namun apa yang lebih manis ialah
apabila lagu Persis Mutiara nyanyiannya berjaya menewaskan Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi dalam
ketegori lagu pop pilihan.

Persembahan Ogy bersama Urban Method dengan lagu Wajah Rahsia Hati ok-ok saja. Tapi, apabila
Fatimah Abu Bakar mengkritik persembahan Ogy selepas selepas itu amat menghiburkan.


Kumpulan Kristal berjaya menghiburkan penonton dengan sebuah persembahan mantap dengan
menyanyikan lagu Mempuru Impian. Paling menarik ialah apabila kemunculan istimewa Azroy (Faizal
Hussein) bersama penyanyi asal lagu tersebut, Degawan (Kaza).

Gaun Ella terlalu labuh sehingga beliau terpaksa didukung keluar dari pentas kerana sukar
untuknya berjalan. Aksi itu menggamatkan suasana majlis.


Linda Onn hadir bersama teman tapi mesra, Fahrin Ahmad. Namun kemunculan Linda dalam gaun
kontroversi pilihannya, rekaan Jovian Mandagie amat mencuri tumpuan. Ramai juga artis-artis
glamer yang lain turut menggayakan pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal tu.

Aizad AF5 dilaporkan pengsan dibelakang pentas selepas persembahan medley bersama Farah, Idayu
dan Bob. Namun persembahan Aizad pada malam tersebut berjaya menghiburkan penonton.


Jamal Abdillah dan Mawi memenangi kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan. Ketiadaan Mawi
menyebabkan Jamal terpaksa naik ke pentas berseorangan. Walau bagaimanapun, nama Mawi langsung
tidak disebut oleh Jamal dalam ucapan terima kasihnya.

Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah, Ning Baizura tetap kelihatan ceria bersama tunangnya,
Omar yang hadir dengannya.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise



KEPUTUSAN PENUH AE07

ARTIS HARAPAN PILIHAN : Mila (AF5)
VOKAL WANITA PILIHAN : Siti Nurhaliza
VOKAL LELAKI PILIHAN : M.Nasir
VOKAL DUO/BERKUMPULAN PILIHAN : Jamal Abdillah/Mawi
BAND PILIHAN : Spider
IRAMA GLOBAL PILIHAN : Nafas Cinta (Misha Omar)
LAGU NASYID PILIHAN : Al-Jannah (Mawi)
ARTIS INGGERIS TEMPATAN PILIHAN : Point Blanc/Jaclyn Victor (Ipoh Mali)
LAGU ROCK PILIHAN : Mahakarya Cinta (Faizal OIM)
LAGU POP PILIHAN : Persis Mutiara (Mila)
PILIHAN KAKI WAYANG : Jangan Pandang Belakang
VIDEO MUZIK PILIHAN : Kian (Mawi)
ANUGERAH SENI ERA : Alleycats
ANUGERAH CARTA ERA : Kenangan Terindah (Samsons)


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net