ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 06:12 Email | Share | Bookmark
AMY SEARCH YANG BARU LEBIH ISTIMEWA

 
 
 
 
 
26
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
AMY SEARCH YANG BARU LEBIH ISTIMEWA
Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ.



Sejak mengerjakan Umrah bersama isterinya, Hasniza Hasan (Norish), Amy Search kini lebih disegani sebagai Ikon Rock Malaysia yang sebenar. Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, telah ke tanah suci Mekah pada 29 Mei hingga 11 Jun lalu bersama ahli keluarganya. Beliau tidak peduli dengan pandangan orang yang memperlekehkan kehadirannya disana dengan wang hasil dari nyanyian, malah menganggap umrah adalah urusan beliau dengan Allah.


Amy Search juga telah dikejutkan dengan majlis harijadinya di kediaman beliau di Kota Damansara pada malam Sabtu, 29 Julai 2007. Majlis tersebut adalah satu kejutan istimewa yang dirancang oleh isterinya bersama ahli Search yang lain sempena ulangtahun kelahiran Amy yang ke 49.


Amy dilaporkan sudah bersedia untuk bergandingan dengan Rabbani untuk album terbaru kumpulan nasyid itu. Ketua kumpulan Rabbani, Asri telah berjumpa dengan Amy dan menyatakan hasrat untuk merakamkan sebuah lagu duet. Mereka melihat ada keihklasan dan kejujuran di hati Amy sejak pulang dari umrah. Malah ada diantara ahli Rabbani yang meminati Amy sejak dulu lagi.


Baru-baru ini, Planet Hollywood sesak dengan lebih 1000 peminat setia Search yang ingin menyaksikan konsert mereka. Amy telah menghiburkan peminatnya selama lebih 2 jam bersama Hillary, Nasir, Yazid dan Joe Wings. Semasa konsert tersebut, Amy telah merebahkan tubuhnya dari pentas dan diarak diatas lautan penonton yang hadir.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net