ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Sep-2007 06:37 Email | Share | Bookmark
EBI & MILA AF5 BERCINTA, BETUL KE?

EBI & MILA AF5 BERCINTA, BETUL KE?
Contributed by Nory @ Puchong



Indahnya kisah perjalanan hidup dua artis muda yang sedang mencipta nama ini. Seorang juara dan seorang
lagi naib juara Akademi Fantasia musim kelima. Mila dan Ebi dilaporkan sedang hangat bercinta. Para
wartawan media sedang sibuk mencungkil kisah cinta mereka. Munurut berita yang disampaikan oleh seorang
wartawan, hubungan cinta mereka mereka mula dihidu ketika sebuah konsert di utara tanahair. Mila
dilaporkan sedang merajuk mungkin akibat persilisihan faham dengan kekasihnya itu. Kononnya, orang
bercinta memang ada kalanya merajuk.


Walau bagaimanapun, Mila dan Ebi sepakat menafikan bahawa hubungan mereka telah sampai ke tahap
bercinta. Mila yang terkejut setelah membaca sebuah akhbar tentang gosip ini, menjelaskan bahawa beliau
sebenarnya terlalu penat kerana latihan sebelum konsert. Beliau mengakui bahawa mereka agak sugul
sebelum konsert namun bukanlah kerana persilisihan faham. Ebi juga mengakui suasana muram disebabkan
aktiviti kerja yang terlalu padat. Munurut Ebi lagi, adalah mustahil untuk bercinta dengan Mila kerana
beliau menganggapnya seperti adik sendiri. Namun, disebalik suasana muram sebelum konsert tersebut,
mereka masih mampu memberikan persembahan terbaik.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net