ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 23-Sep-2007 13:59 Email | Share | Bookmark
JACLYN VICTOR MOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
JACLYN VICTOR MOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Contributed by Giggs @ Gombak


Jaclyn Victor menghulurkan permintaan maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal menjuarai Ikon Asean.
"Maafkan saya jika ada yang kecewa. Saya telah mengecewakan harapan orang Malaysia. Saya telah cuba buat
yang terbaik," katanya. Jac yang menyanyikan medley Kau Laksana Bulan, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa
serta Gemilang itu pada awalnya dilihat sebagai bakal juara namun pemilihan lagu yang salah dikatakan
sebagai faktor kegagalan. Cara Jac memegang mikrofon juga dikatakan salah satu punca Jac tewas.

Antara juri yang menilai penyanyi-penyanyi daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia itu ialah komposer
tempatan, Mac Chew, Hetty Koes Endang (Indonesia), Eugene Villaluz (Filipina) dan Iskandar Mirza Ismail
(Singapura). Menurut Hetty Koes Endang "Lagu-lagu medley tidak begitu sesuai untuk dipertandingkan kerana
pelbagai rentak yang dipersembahkan akan menganggu tumpuan juri. Saya suka dengan suara artis Malaysia
cuma dia salah pilih lagu medley kerana pada pandangan saya medley tidak begitu sesuai untuk festival
(pertandingan)". "Satu lagi kesilapan Jaclyn yang saya lihat adalah cara dia memegang mikrofon. Selalunya
orang meletakkan mikrofon di depan mulut, tapi dia gemar menjarakkan mikrofon dan itu menyebabkan lontaran
vokal tenggelam timbul," ulas Hetty lagi.

Menurut Jac, dia akan ingat nasihat Hetty dan di masa akan datang cuba elak daripada menyanyi lagu medley.
"Saya pilih medley kerana nak buat penghargaan untuk Tan Sri P. Ramlee tapi juri kata tidak sesuai pula.
Tak apa saya akan ingat teguran itu. Walaupun Hetty tegur cara saya pegang mikrofon, tidak mungkin saya
ubah cara itu. Saya jarakkan mikrofon kerana kalau dekat, suara saya terlalu kuat pula," ulas Jac.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


NAK MASAK APA UNTUK BERBUKA? TANYA MAWI...
Contributed by Nory @ Puchong







Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net