ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Sep-2007 14:11 Email | Share | Bookmark
ANUAR ZAIN KEMBALI DENGAN ALBUM BARU

ANUAR ZAIN KEMBALI DENGAN ALBUM BARU
Contributed by Naz @ Sepang


Pastinya ramai peminat yang mahukan sesuatu yang baru dari penyanyi pujaan mereka, Anuar Zain. Album yang
meminjam nama Anuar Zain sendiri ini, memuatkan 7 lagu ciptaan komposer Indonesia dan 3 lagu ciptaan
komposer Malaysia. Maka timbullah isu hangat yang memperkatakan Anuar tidak menghargai bakat komposer
tempatan. Namun Anuar yang terkenal dengan konsepnya tersendiri mempunyai sebab untuk memilih komposer dari
seberang.


Menurut Anuar, dia tidak kisah tentang status kewarganegaraan seseorang komposer kerana dia telah berusaha
untuk mendapatkan lagu untuk album terbarunya. Anuar yang mengakui dirinya yang cerewet, tidak pernah
berniat untuk meminggirkan hasil karya komposer tempatan. Anuar menerangkan bahawa dia ada meminta lagu
dari ramai komposer tempatan, namun demi manghasilkan sebuah album yang terbaik dan sesuai bagi dirinya,
Anuar memilih sendiri lagu yang hendak dimuatkan ke dalam albumnya.


Walau bagaimanapun, Anuar sedar tentang kelembapan pasaran pasaran album di Malaysia sejak 10 tahun lalu.
Bagi Anuar, sebuah album bukan lagi faktor utama untuk menjadikan seseorang artis menjadi kaya. Namun
beliau tetap mengharapkan pulangan modal dari jualan album ini nanti. Khabarnya, dia telah membelanjakan
lebih dari RM100,000 untuk menghasilkan album ini. Anuar juga tidak terlalu mengharapkan sesuatu anugerah
dari album ini, tetapi mengakui anugerah amat penting & beerti bagi setiap artis.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net