ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Sep-2007 16:48 Email | Share | Bookmark
KEHIDUPAN EIZLAN LEBIH BERMAKNA DENGAN VIE

KEHIDUPAN EIZLAN LEBIH BERMAKNA DENGAN VIE
Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ.



Sejak mendirikan rumahtangga hampir 3 bulan lalu, pelakon kacak, Eizlan Yusof mengakui kehidupannya lebih
bermakna dengan kehadiran Vie Shantie sebagai isterinya. Sekiranya dulu dia hidup berseorangan, namun kini
sudah berteman. Menurut Eizlan, dia seronok apabila pulang ke rumah walaupun letih dan stres, dia ada
isteri yang baik untuk berbual dan berkongsi cerita. Eizlan juga sedar tentang perbezaan dalam hidupnya
kini, apatah lagi apabila Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.


Vie ialah seorang isteri yang suka bergurau. Vie gemar mengusik dan menyakatnya membuatkan hidupnya lebih
ceria dan bermakna. Eizlan juga meluahkan rasa terharu apabila Vie ingin membataskan kerjanya demi memberi
lebih tumpuan kepada rumahtangga. Malah dalam bulan Ramadhan tahun ini, dia sudah mempunyai teman untuk
berbuka puasa dan bersahur. Namun Eizlan tidak mahu menyusahkan isterinya kalau dia terpaksa berbuka di
lokasi penggambaran.


Bagi Eizlan, dia sangat berbangga apabila Vie meminta izin untuk memakai tudung pada hari jadi Vie ke 22
pada 26 Julai lalu. Apa lagi yang lebih istimewa apabila seorang isteri meminta restunya untuk sesuatu
yang dituntut agama. Eizlan amat besyukur kerana Vie tahu tanggungjawabnya dan dia tidak menghalang Vie
meneruskan niat murninya itu. Eizlan dan Vie telah mendirikan rumahtangga pada 7 Julai 2007.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net