ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 16:57 Email | Share | Bookmark
FASHA NAFI BERCINTA DENGAN HANS ISAAC

 
 
 
 
 
FASHA NAFI BERCINTA DENGAN HANS ISAAC
Contributed by Firdaus @ Ampang



Baru-baru ini terdapat sebuah gosip tentang kemesraan Fasha Sandha & Hans Isaac di sebuah pusat hiburan,
hotel lima bintang di ibu kota. Namun, Fasha menganggap itu semua fitnah malah menuduh ada pihak yang
sengaja menokok tambah cerita. Menurutnya, apa yang berlaku adalah secara tidak sengaja dan beliau tidak
menyangka Kisah tersebut boleh jadi sebegini. Fasha mengakui rapat dengan Hans sejak dipanggil untuk
berlakon dalam filem Laga Ikan terbitan Hans dan mereka ada keluar bersama untuk berbincang hal kerja.


Fasha turut menjelaskan bahawa cerita beliau ke Disneyland dengan Hans adalah satu fitnah yang ditokok
tambah. Fasha juga meminta agar jangan ‘menyedapkan’ cerita dengan maklumat yang tidak benar. Namun,
beliau akui tidak mampu menutup mulut mereka yang bercerita. Fasha turut memberitahu bahawa beliau tidak
pernah menggunakan perkataan ‘baru hendak mengenal hati budi’ terhadap hubungan saya dengan Hans.


Hakikatnya Fasha masih solo dan jikalau sudah ada jejaka yang berjaya menghuni hatinya, beliau tidak akan
berahsia. Pada usia yang masih muda, Fasha tidak berani memberi komitmen hati serta perasaan kepada
mana-mana lelaki. Dulu dan kini beliau adalah insan yang sama, tidak pernah berubah dan tidak suka hidup
berpura-pura. Tambahnya lagi, sekiranya beliau keluar berdua dengan mana-mana lelaki tidak semestinya
bercinta.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net