ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Oct-2007 10:40 Email | Share | Bookmark
NASH BERSEDIH DALAM KEINDAHAN RAMADAN

 
 
 
 
 
NASH BERSEDIH DALAM KEINDAHAN RAMADAN
Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ.



Ketika berita rumahtangganya retak heboh diperkatakan, Nash bagaikan tersentak. Bukan tidak mahu
berkongsi tapi bagi penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Pada Syurga Di Wajahmu'
ini hanya mampu bertawakkal saja. Dalam hati kecilnya, Nash akur dan redha perkahwinan yang dibina pada
16 November 2006 dengan usahawan kecantikan Sosialawati Lawiya, 44 sedang mengalami liku-liku keretakan
dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.

Pasangan Nash-Sosilawati telah diijabkabulkan di Batu Pahat tahun lalu dengan diikuti dengan empat
resepsi, antaranya di Hotel Palace of teh Golden Horses, Seri Kembangan. Setelah 10 bulan menjalani
kehidupan suami isteri, Nash yang juga ayah kepada tiga orang anak, terpaksa menerima ketentuan yang
telah ditetapkan. Mengikut sumber, isteri Nash, Sosilawati yang mempunyai enam orang anak, telahpun
memfailkan tuntutan cerainya di mahkamah. Namun bagi Nash, sebagai seorang lelaki bukan mudah untuk
melafazkan cerai. Lebih-lebih lagi di tengah keindahan bulan Ramadhan.

Menurut Nash, lafaz cerai belum dilakukan olehnya lagi. Beliau tidak mahu mengikut emosi, segala
keputusan hendaklah dibuat secara rasional di tempat yang sepatutnya sebab itulah jatuh talak di tangan
lelaki. Nash juga tidak mahu memberi gambaran buruk terhadap situasi rumahtangganya ketika ini. Baginya,
ikatan perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat dan ini bukannya seperti 'main pondok-pondok'. Bila hati
tidak suka, dirobohkan pondok.

Tanda-tanda keretakan di dalam rumahtangga Nash dan Sosilawati mula dikesan sejak awal perkahwinan lagi.
Nash sudah mula rasakan sesuatu tidak kena selepas empat bulan berkahwin dengannya. Keretakan awal yang
dikesan telah cuba diatasi dengan musyawarah, namun kini beliau berasa cukuplah setakat ini. Nash
langsung tidak menyebut sebarang perkara negatif mengenai isterinya tetapi bangga dengan anak-anak yang
memahami situasinya ketika ini. Mereka boleh menerima apa saja situasi dan tabah menghadapi keadaan yang
agak celaru ketika ini.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net