ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Oct-2007 11:30 Email | Share | Bookmark
SITI NURHALIZA TETAP SIBUK DI BULAN RAMADAN

 
 
 
 
 
 
SITI NURHALIZA TETAP SIBUK DI BULAN RAMADAN
Contributed by Naz @ Sepang



Sebagaimana yang kita semua maklum, Siti akan terlibat dalam pementasan teater muzikal My Name Is Remy bermula 18
Oktober sehingga 3 November nanti. Sekarang ini waktu Siti banyak dihabiskan dengan mengadakan latihan nyanyian dan
sedikit lakonan. Walaupun peranan Siti tidaklah sebesar mana tetapi dia juga mahu tampilkan yang terbaik kerana inilah
pembabitan pertama dirinya dalam pementasan sebegini. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan dari sehari ke sehari
Siti terus cuba memperbaiki kelemahannya.


Walaupun sudah berkahwin, penyanyi berdagu lekuk ini masih belum dapat diatasi oleh mana-mana penyanyi perempuan lain
untuk mendapat tempat sebagai artis wanita paling popular di Malaysia. Malah kalau ada pertandingan vokal terbaik bagi
artis wanita, sejak bertahun-tahun lalu, Siti memegang anugerah itu. Bila ditanya apakah gosip paling pedih sepanjang
kariernya, Siti menjawab, "Uhh...terlalu banyak yang sedih dan pedih, dan kalau boleh Siti tak mahu lagi
mengingatinya."


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net