ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 11:40 Email | Share | Bookmark
RITA & AIDIL - TEMAN TAPI MESRA

RITA & AIDIL - TEMAN TAPI MESRA
Contributed by Giggs @ Gombak


Kisah hangat mengenai gambar Rita Rudaini & Aidil Zafuan menampakkan hubungan mereka lebih dari sekadar kawan biasa.
Namun Rita mengakui bahawa hubungan rapat dia dengan Aidil hanya sekadar Teman Tapi Mesra sahaja. Menurut Rita, dia
gembira berkawan dengan Aidil walauun pemain bolasepak itu 11 tahun lebih muda darinya. Aidil ialah seorang yang baik
dan datang dari keluarga yang baik jelasnya lagi.


Mengenai gambar mereka di Genting Highland, Rita menjelaskan bahawa dia telah ke sana bersama dua orang sepupunya dan
juga Aidil. Mereka hanya ke sana untuk makan dan bersiar-siar. Selepas makan dan bergambar, mereka pulang dan simpan
gambar tersebut dalam komputer masing-masing. Malangnya, email mereka telah diceroboh dan gambar itu tersebar dengan
begitu pantas.


Walaupun rapat dengan Aidil, mereka merasakan masih terlalu awal untuk berbincang mengenai soal jodoh. Namun Rita
mengakui bahawa beliau tidak kisah dengan faktor material, kerjaya mahupun status seseorang yang bakal menjadi
suaminya. Rita menganggap Aidil mempunyai karisma tersendiri dan amat serius terhadap kerjayanya sebagai pemain
bolasepak. Kini, mereka sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk bertanya khabar dan bercerita.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net