ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Oct-2007 14:27 Email | Share | Bookmark
NING TABAH BIMBING TUNANG BERPUASA

NING TABAH BIMBING TUNANG BERPUASA
Contributed by Giggs @ Gombak


Ning Baizura memberi sepenuh sokongan dan bantuannya dalam memastikan bakal suaminya, Omar
Sharif Christopher Layton Dalton dapat menjalani puasa buat pertama kalinyatahun ini dengan
sempurna. Dia amat bangga kerana Omar begitu tekun melaksanakan ibadah puasa walaupun baru
memeluk agama Islam Julai lalu. Menurut Ning, dia mengajar Omar berpuasa secara perlahan
lahan. Sekiranya Omar tidak berdaya, Ning akan menyuruhnya berpuasa setengah hari dan
mempertingkatkan puasanya keesokan hari.

Kesungguhan Omar terbukti apabila beliau sudah mampu berpuasa penuh pada hari kedua.
Walaupun mengadu haus dan lapar, Ning tabah melayan karenah tunangnya itu. Ning juga selalu
meluangkan masa untuk berbuka puasa dengannya sebagai tanda sokongan. Biasanya mereka akan
singgah ke rumah ibu Ning untuk berbuka puasa. Omar amat menggemari buah kurma dan roti
canai. Selain itu, Ning juga pastikan beliau mengejutkan Omar untuk bersahur pada masa yang
agak lewat.

Omar yang kini sedang mendalami agama islam di Outreach Program, Ampang seamakin yakin
dengan kemampuannya berpuasa. Sementara itu, majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada
Jun tahun depan, mungkin akan dipercepatkan kepada 31 Januari 2008. Persandingan mereka pula
akan berlangsung pada 2 Februari seperti yang dilaporkan oleh seorang wakil syarikat rakaman
Ning sendiri. Menurutnya lagi, antara sebab berlaku perubahan ini ialah kerana masaalah cuti
oleh ahli keluarga Omar serta masaalah kesihatan ibu bapanya.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net