ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Oct-2007 14:41 Email | Share | Bookmark
MAWI TIDAK SABAR MENYAMBUT SYAWAL

 
 
 
MAWI TIDAK SABAR MENYAMBUT SYAWAL
Contributed by Naz @ Sepang



Mawi kian tidak sabar untuk menikmati suasana malam raya. Baginya antara kemeriahan malam
raya, ialah apabila melihat keletah anak saudara berlari keriangan di halaman rumah. Mawi
juga akan cuba meneruskan tradisi membantu ibu di dapur dan menganyam ketupat. Beliau
dijangka akan pulang ke Felda Taib Andak dua atau tiga hari sebelum raya. walaupun ingin
pulang lebih awal, namun terdapat banyak kerja harus diselesaikan terlebih dulu.

Mawi kini sibuk dengan penggambaran dan beberapa program yang diatur pihak Maestro, segala
persiapan raya diuruskan keluarganya di kampung. Tahun ini juga, beliau tidak beli baju raya
kerana banyak baju Melayu pemberian peminat yang belum dipakai. Mawi amat berterima kasih
kepada peminat yang menghadiahkannya baju raya. Mawi bercadang untuk memakai semua baju raya
tersebut disepanjang Syawal nanti ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabatnya.

Selepas sembahyang sunat aidilfitri, beliau akan mengunjungi pusara bapanya. Mawi dan
keluarga akan mengadakan rumah terbuka, namun ianya lebih sederhana dan tidak sebesar
beberapa tahun sebelumnya. Peminat dan orang ramai dialu-alukan ke rumah terbuka Mawi nanti.
Beliau akan menziarah saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai pada hari raya kedua
dan ketiga. Walaupun masa suntuk, Mawi akan cuba manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya
demi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net