ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Oct-2007 14:55 Email | Share | Bookmark
SITI MOHON MAAF

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Special Message





SITI MOHON MAAF KERANA MAJLIS ULANG TAHUN PERKAHWINAN
Contributed by Giggs @ Gombak


Selain sibuk dengan latihan teater, Siti juga akan masuk studio untuk rakaman album pop
terbaru. Namun, dia juga terpaksa menangguhkan penerbitan album tradisional kerana material
yang masih belum mencukupi walaupun hampir satu tahun setengah mencari dan mengumpul. Siti
inginkan hasilnya mendatangkan suatu impak yang baik dan berharap peminatnya memahami
penangguhan yang tidak disengajakan ini. Mengenai album pop pula, Siti berusaha untuk terus
mempersembahankan yang terbaik buat industri dan peminat semua. Dalam album ini, dia cuba
menggabungkan pelbagai citarasa dan tidak tertumpu kepada satu golongan sahaja.

Siti juga telah siap merakamkan sebuah lagu raya yang berjudul Bulan Kedamaian. Video
klipnya juga telah disiapkan. Peminat Siti akan dapat mendengar lagu ini di radio tidak lama
lagi. Lagu ciptaan Yasin ini tidak dipasarkan dalam bentuk album, tetapi peminat akan boleh
memiliki lagu ini menerusi sistem muat turun secara penuh dan juga dalam bentuk ringtone.

Mengenai kontroversi majlis ulangtahun perkahwinannya, Siti menerima pandangan
dan komen dengan hati terbuka. Namun jauh di sudut hatinya, Siti dan suami langsung tidak
berniat mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka ataupun riak. Mereka mengadakannya sempena
ulangtahun perkahwinan yang pertama, dan mahu berkongsi dengan banyak pihak yang telah
bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan mereka setahun lalu. Siti turut mohon maaf
jika ia tidak menyenangkan hati sesetengah pihak tetapi dia dan suami tidak berniat untuk
menunjuk-nunjuk.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise



SITI LOVES LV, CHECK IT OUT...
Contributed by Nott @ Sentul







Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net