ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Oct-2007 06:54 Email | Share | Bookmark
IKIN TAK BERANI MENGAKU AWEK MAWI

 
 
 
 
 
 
IKIN TAK BERANI MENGAKU AWEK MAWI
Contributed by Farah @ Taman Bahtera, TM


Gara-gara artis lelaki popular, Mawi bertandang ke kediaman keluarganya di Johor Bahru pada
musim Aidilfitri tahun lalu, hidup Asikin Rahmat atau Ikin tidak lagi keruan. Pintanya penuh
sopan, jangan lagi dirinya diheret dalam kekalutan yang langsung tidak diundang. Seboleh
mungkin kata gadis berusia 27 tahun ini, dia mahu menghapus episod hitam yang pernah
menyelubungi hidupnya. CUKUP sudah apa yang dialaminya dulu. Sememangnya dia sudah serik
dengan semua itu. Malah, dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi mengulangi apa
yang sudah dilaluinya. Cukup hanya sekali itu kerana hingga hari ini, luka itu masih
membekas di sudut hatinya.

Namun, nama gadis manis ini sekali lagi jadi sebutan apabila Mawi sahkan hatinya menemui
cinta baru. Nama Ikin kembali panas apabila kiriman cek daripada Mawi menggunakan namanya
terbongkar apabila salinan cek itu jatuh ke tangan media. Tiada lagi ruang damai di hati
gadis ini apabila bertalu-talu persoalan mengenai hubungannya dengan artis lelaki paling
popular itu.

Ikin tidak berani untuk komen. Dia cuma mengakui bahawa mereka masih berkawan. Ikin juga
mempertahankan alasannya untuk tidak berterus terang kerana dia tidak mahu kontroversi lalu
kembali berulang. Baginya, mungkin lebih baik jika bertanya tuan punya badan sendiri. Mawi
yang keluarkan kenyataan itu, pastinya Mawi juga yang mempunyai jawapan yang dicari.
Sebagai seorang perempuan, dia berasa kurang manis jika bersuara soal hati. Ikin tidak mahu
banyak cakap kerana yang akan terima kesannya nanti ialah dirinya sendiri.

Menurut Ikin, Mawi ialah antara kawan lelaki yang paling rapat dalam hidup Ikin. dia tidak
mahu lagi beriya-iya bercakap, nanti dituduh cuba menumpang populariti Mawi. Sedangkan dulu
dia telah berusaha mempertahankan diri. Biarlah hanya Ikin dan keluarga sahaja yang tahu apa
sebenarnya berlaku. Dan kini, Ikin lebih berhati-hati supaya tidak timbul lagi masalah baru.
Soal jodoh dan pertemuan dia menyerahkan kepada Tuhan. Jika ada jodoh Ikin tidak akan lupa
menjemput pihak media. Tetapi jangan ditanya siapa jodohnya kerana dia sendiri tidak
mempunyai jawapan itu. Disebabkan kontroversi ini juga, Ikin mengambil keputusan untuk
memperlahankan aktiviti seni meskipun didatangi banyak tawaran baru.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read More... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net