ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Oct-2007 11:44 Email | Share | Bookmark
LAGU CIPTAAN EDRY BUKAN HANYA UNTUK GAY

 
 
 
 
LAGU CIPTAAN EDRY BUKAN HANYA UNTUK GAY
By AG

Lagu ciptaan Edry KRU, Separuh Masa yang dinyanyikan oleh kumpulan The Lima (Juara Gangstarz)
telah mencetuskan kontroversi kononnya menceritakan kisah cinta kaum gay. Menurut Edry,
memandangkan beliau bukan gay maka lagu tersebut bukanlah untuk golongan gay. Beliau
menyerahkan kepada pendengar untuk mentafsirkan lagu tersebut sebaiknya. Edry yang mejelaskan
bahawa lirik lagu tersebut adalah umum, mengakui tidak dapat menghalang salah anggap
sesetengah manusia.

Baginya lagu adalah universal dan pendengar berhak menjadikan sesebuah lagu itu lagu mereka.
Lagu ini sebenarnya ialah tentang diri Edry, persaudaraannya dengan adik- beradik dan keluarga
sendiri. Namun sekiranya ada orang yang hendak anggap lain, beliau tidak dapat menahan mereka.
Malah kalau ada sesetangah golongan yang menjadikan lagu ini milik mereka, Edry tetap gembira
kerana tujuannya berkarya adalah semata-mata untuk menghibur.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net