ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Oct-2007 11:55 Email | Share | Bookmark
KRISDAYANTI & AJAI BERDUET LAGI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KRISDAYANTI-AJAI BERDUET LAGI
Contributed by Arni Yeti @ Jl Karya, Medan


Penyanyi nombor satu Indonesia telah berduet sekali lagi dengan Ajai yang juga seorang
komposer terkenal di Malaysia. Mereka kembali berganding menyanyikan lagu Perlu Kamu yang
merupakan lagu tema filem 1957: Hati Malaya. Lagu ini adalah ciptaan Ajai dan lirik oleh
Suhaimi Baba. Sebelum ini Krisdayanti dan Ajai pernah berduet bersama menyanyikan lagu Hati
Ini Dilukai.

Menurut Ajai, Krisdayanti merupakan seorang penyanyi yang hebat. Komposer berbakat ini juga
sangat kagum dengan vokal Krisdayanti sejak dulu lagi. Menurut Ajai, bukan tiada penyanyi
Malaysia yang hebat, tetapi sebagai komposer beliau merasakan lagu Perlu Kamu amat serasi
dengan vokal Krisdayanti. Muzik adalah universal dan Ajai hanya mahukan yang terbaik
walaupun dengan sedikit kelainan.

Sementara itu, Krisdayanti juga dijangka bakal berhadapan dengan satu saman berjumlah Rp 250
juta dari pemilik Yayasan Andhika Putri, Roro Rachmawati. yayasan Andhika Puteri merupakan
sebuah syarikat yang menyediakan khidmat pembantu rumah. Menurut Roro, Krisdayanti tidak
menghormati profesyen dan harga diri beliau. Pertelingkahan bermula sejak beberapa tahun
lalu apabila pengasuh anak Krisdayanti, Saat Paryanti diperlakukan sewenang-wenangnya oleh
penyanyi tersebut. Namun, Krisdayanti sering tidak mengendahkan segala tuntutan Roro.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net