ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Oct-2007 12:07 Email | Share | Bookmark
ERRA & EMRAN NIKAH HARI KHAMIS INI

 
 
 
 
 
 
 
ERRA & EMRAN NIKAH HARI KHAMIS INI
Contributed by Naz @ Sepang


Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira Wan Chek, 33, akan sah menjadi isteri kepada Ketua Pegawai
Operasi SuriaFM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32 apabila pasangan ini bernikah secara
rasmi, Khamis ini.

Serentak dengan pengesahan tarikh pernikahannya itu juga, Erra juga telah mengedarkan kad
undangan perkahwinannya yang berwarna krim kepada semua. Majlis pernikahan Erra dan Emran
berlangsung selepas solat Isyak.

Engku Emran ketika dihubungi berkata, tiada simbolik mahu pun maksud tertentu kenapa mereka
memilih tarikh 25 Oktober itu. "Tiada sebab tertentu kami memilih melangsungkan pernikahan 25
Oktober. Bagaimanapun, kami mengambil keberkatan Khamis malam Jumaat untuk melangsungkan
pernikahan kami.

Disebabkan ini adalah perkahwinan kedua Erra dan yang pertama buat Emran, majlis persandingan
hanya akan diadakan di sebelah pihak lelaki yang dijadualkan pada 3 November ini. Erra hanya
akan mengadakan majlis kecil-kecilan khas untuk rakan terdekat serta saudara mara.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net