ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Oct-2007 11:11 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PERNIKAHAN LISDAWATI & FAUZI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PERKAHWINAN LISDAWATI & FAUZI
Contributed by Izad @ Cheras


Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pasangan pelakon popular, Lisdawati Nazaruddi, 28, dan
suami, Fauzi Nawawi, 34, apabila mereka diraikan pada majlis persandingan yang cukup mewah di
Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu, terdiri
daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak-saudara, kenalan serta rakan-rakan artis.

Antara rakan artis yang turut kelihatan ialah Ako Mustapha, Rozita Che Wan, Ezlynn, Darling
Ngasri, Salina Saibi, Zul Huzaimy, Shaharuddin Thamby, Norlia Ghani dan Rosnah Johari manakala
pengacara sensasi Azwan Ali dan penyanyi dangdut Ifa Raziah bertindak sebagai pengacara majlis.

Lis dan Fauzi ini selamat diijabkabulkan pada 9 September lalu pada majlis yang dibuat secara
sederhana di kediaman Lisdawati di Kondominium Setapak Ria yang hanya dihadiri oleh ahli
keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis pernikahan pasangan ini tidak lama dulu, Lis menerima sembilan dulang hantaran oleh
pihak lelaki beserta wang hantaran sebanyak RM21,111.11 dan berbalas 11 dulang oleh pihak
perempuan.

Ini merupakan perkahwinan pertama Lis manakala yang kedua untuk Fauzi. Fauzi sebelum ini
pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan empat orang anak.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net