ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Oct-2007 11:37 Email | Share | Bookmark
MAWI AKUI SUKAR MENJADI SEORANG PELAKON

 
 
 
 
 
 
MAWI AKUI SUKAR MENJADI SEORANG PELAKON
Contributed by Naz @ Sepang



Penyanyi terhangat di Malaysia, Mawi, kini kembali ke Keningau Sabah bagi
menyambung penggambaran filem Aduh Saliha. Dalam keseronokkan meraikan Aidilfitri
bersama keluarga, terdapat satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan oleh pemuda
yang berasal dari Felda Taib Andak Kulai, Johor ini. Namun dia tetap akur dengan
tanggungjawabnya sebagai seorang anak seni.

Filem Aduh Saliha sepatutnya telah selesai penggambarannya pada penhujung bulan
Ramadan lalu. Namun, disebabkan beberapa halangan seperti faktor cuaca yang kurang
baik, penggambaran filem ini terpaksa berlanjutan sehingga ke hari ini. Mawi turut
mengakui kesukaran bidang lakonan dan ini merupakan percubaan pertamanya. Baginya,
bidang ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Menurut Mawi, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelakon sebelum ini.
Namun setelah sejak berlakon filem Aduh Saliha, dia kini memandang positif
terhadap kerjaya lakonan. Walaupun penat menghadapi sessi penggambaran pada bulan
puasa yang lalu, Mawi amat kagum dengan kru yang bertungkus-lumus menjayakan
projek ini. Dia juga cuba memberikan yang terbaik kepada semua yang terlibat,
khususnya pengarah filem ini, M. Nasir.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net