ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Oct-2007 12:10 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PERNIKAHAN ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PERNIKAHAN ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN
Contributed by Azura @ Samudra


Pelakon popular, Erra Fazira, 33 tahun, telah selamat dinikahkan dengan Ketua
Pegawai Operasi, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32 tahun, pada 25 Oktober lalu
di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail. Upacara pernikahan Erra
atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik dengan Engku Emran telah dilakukan oleh
Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Nasroddin Mat Daud yang mewakili bapa saudara Erra, Borhan Ridhuan sebagai wali.

Majlis itu dihadiri seramai 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat,
kenalan dan pihak media. Erra dinikahkan dengan mas kahwin RM80 selain tujuh
dulang hantaran iaitu sirih junjung, beg tangan, minyak wangi, set barang kemas,
dua naskhah al-Quran dan dua telekung serta sejadah yang dibawa pengantin lelaki.
Dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Ini merupakan pernikahan kedua Erra. Pada 15 Jun 2003 dia pernah mendirikan
rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun,
perkahwinan itu tidak sampai dua tahun apabila Erra dan Yusry kemudiannya bercerai
pada 26 April 2006.

Erra berdoa agar perkahwinannya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan
berharap dapat menjalani kehidupan yang normal sama seperti keluarga yang lain.
Kenduri di pihak pengantin lelaki akan diadakan pada 3 November depan.
Bagaimanapun Engku Emran enggan mendedahkan lokasi tersebut. Berhubung lokasi
berbulan madu, kedua-duanya memilih luar negara sebagai destinasi dan dijangka
berlepas November ini.

Selepas diijab kabul, cincin bertatahkan berlian disarungkan ke jari manis Erra.
Dia turut membalas pemberian Emran dengan sebentuk cincin juga. Suasana majlis
cukup indah apabila percikan bunga api yang berdentum hampir 20 kali bagaikan
simbolik semarak percintaan mereka ketika Erra dan Emran memotong pulut kuning.
turut hadir ialah teman baik Erra, Umie Aida dan Zahida Rafik, Nor Aliah Lee, Aziz
M Osman, Azwan Ali, Sharifah Shahora, Vanidah Imran, Chef Zam, Nikki dan Yanie.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net