ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Nov-2007 20:16 Email | Share | Bookmark
ANTARA MARAH & SAYANG TERHADAP SITI NURHALIZA

 
 
 
 
 
 
 
ANTARA MARAH & SAYANG TERHADAP SITI NURHALIZA
Contributed by Azura @ Tmn Samudra


Terdapat pelbagai reaksi yang datang selepas salah satu sisipan ahkbar tempatan
menyiarkan gambar Datuk Siti Nurhaliza dan ahli keluarganya baru-baru ini. Gambar
muka depan sisipan itu pada 21 Oktober lalu memaparkan Siti dengan mesranya
bergambar dengan anak-anak Datuk K. Ada yang marah dan mengatakan tidak wajar
siarkan gambar berkenaan bagi menghormati perasaan bekas isteri Datuk K, Tengku
Zawyah dan menganggapnya lakonan semata-mata.

Namun, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan gembira kerana mendapat gambar
keluarga berkenaan, kerana sudah lama mereka menunggu kemunculan gambar Siti
bersama anak-anak tirinya. Namun, kini Siti sudah jadi ahli keluarga Datuk K, dan
niat akhbar itu juga adalah ikhlas. Mereka hanya mempamerkan kasih sayang dan
cinta, dimana Siti berkorban kasih sayang berkongsi dengan anak-anak Datuk K.

P.Ramlee The Musical turut menyaksikan penampilan sulung, Datuk Siti Nurhaliza
sebagai Azizah yang boleh diibaratkan sebagai cinta pertama dan kekasih halimunan
P.Ramlee. Pada batas itu, watak Azizah sekadar mengisi beberapa ruang tertentu
dalam muzikal tersebut. Walaupun sekejap, watak Azizah digambarkan sebagai sumber
inspirasi di sebalik kejayaan P.Ramlee. Malah, cinta P.Ramlee dan Azizah turut
didendangkan melalui lagu Mulanya Cinta nyanyian Siti Nurhaliza dan Sean Ghazi.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net