ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Nov-2007 12:32 Email | Share | Bookmark
DR FAZLEY MENUJU KEBAHAGIAAN HIDUP

 
 
 
 
 
 
 
 
DR FAZLEY MENUJU KEBAHAGIAAN HIDUP
Contributed by Giggs @ Gombak


Berbekalkan pencapaian akademiknya, Dr Ahmad Fadzli, atau lebih dikenali dengan
nama Fazley sudah dikenali sebagai penceramah motivasi buat pelajar-pelajar
sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti sejak lima tahun lalu. Hasil usaha
dan azamnya itu, disamping sokongan padu dari keluarga, lahirlah Fazley
International College (FIC) atau Kolej Antarabangsa Fazley bertempat di Semua
House, Kuala Lumpur. FIC ditubuhkan hasil pengambilalihan sebuah kolej.


Menurut Fazley, apa yang dilakukannya ini bukanlah untuk mendapatkan populariti,
tetapi adalah kerana niat untuk memupuk semangat cintakan pendidikan kepada
masyarakat, terutamanya golongan muda. Dia turut bangga kerana Mawi gunakan
statusnya sebagai idola masyarakat dengan memberi ceramah dan cuba yakinkan mereka
tentang bahayanya dadah.


Baru-baru ini, Fazley telah menerima anugerah Kerajaan Negeri Melaka iaitu Darjah
Seri Melaka (DSM) sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd
Khalil Yaakob. Ini merupakan darjah kebesaran yang ketiga diterimanya selepas
memperoleh darjah Ahli Mahkota Kedah (AMK) dan Ahli Darjah Kinabalu (ADK). Fazley
kerap datang ke Melaka memberi motivasi kepada pelajar miskin dan anak yatim dalam
bidang pelajaran selain menjalankan beberapa persembahan pentas di negeri itu.


Tahun ini juga merupakan kali pertama Fazley menyambut Aidilfitri sebagai pasangan
suami isteri bersama Azrene Soraya Abd Aziz sejak mendirikan rumah tangga awal
November tahun lalu. Bagi Fazley, hari raya kali ini ibarat satu peralihan ke satu
fasa baru dalam kehidupan sehariannya. Dan isterinya berpendapat Aidilfitri tahun
ini adalah saat paling manis untuk dikenang kerana buat pertama kalinya dia
mengucup tangan suami pada pagi raya.


Mereka juga tidak menghadapi masalah pulang ke kampung menyambut raya kerana
mereka berdua memang berasal dari Negeri Sembilan. Kampung Fazley di Rantau dan
Azrene orang Ampangan. Fazley turut membawa Azrene ke kampung sebelah bapanya di
Kedah untuk diperkenalkan dengan saudara mara di sana. Dia sering menjadikan abah
dan emak sebagai role model yang sering menitikberatkan soal kasih sayang. Azrene
pula berpendapat wang bukanlah keutamaan dalam membina kebahagiaan dalam berumah
tangga, sebaliknya sematkan dan pupuk jiwa dengan perasaan kasih sayang.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net