ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Nov-2007 12:11 Email | Share | Bookmark
ALBUM KEDUA FARAH AF BAKAL MENJELMA

 
 
 
 
 
ALBUM KEDUA FARAH AF BAKAL MENJELMA
Contributed by Naz @ Sepang


PELUANG merakamkan lagu komposer 'diminati' memang menjadi idaman setiap penyanyi. Lebih-
lebih lagi, kalau komposer itu terkenal seperti Ajai. Itulah yang diimpikan oleh Farah Diana
Anuar atau Farah. Justeru, bagi album keduanya, bintang Akademi Fantasia (AF2) itu nyata
tidak melepaskan peluang begitu saja. Apabila syarikat rakaman, Maestro bertanya siapa
komposer yang dia mahu bekerjasama kali ini, gadis manis itu terus menyebut nama Ajai.


Bagi Farah, bekerja dengan Ajai bukanlah tugas mudah kerana Ajai ialah seorang yang tegas.
Ketegasannya membuatkan Farah sentiasa gementar. Walau bagaimanapun, album keduanya masih
kekal dengan konsep Pop Rock. Katanya, cuma kali ini, lagu Pop Rock dimuatkan lebih segar
dan sesuai dengan usianya. Kalau tiada aral, hujung tahun ini atau awal tahun depan (2008)
album baru Farah akan berada di pasaran.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net