ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Nov-2007 11:44 Email | Share | Bookmark
ZIELA MASIH AKTIF DALAM INDUSTRI SENI TANAHAIR

 
 
 
 
 
 
ZIELA MASIH AKTIF DALAM INDUSTRI SENI TANAHAIR
Contributed by Giggs @ Gombak


Makin cantik dan awet muda, ibu kepada dua anak, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul
Jalil, telah kembali membintangi filem Kayangan, arahan Raja Ahmad Alauddin. Selepas
diperkenalkan A R Badul, beliau dibimbing pengarah terkenal seperti Aziz Sattar, Othman
Hafsham, Zek Lokman, Datuk Rahim Razali dan Nasir Jani.


Kemunculan beliau dalam bidang lakonan khususnya seawal usia 16 tahun, berjaya mengasah
bakatnya sehingga berjaya membintangi banyak filem tempatan, malah terbitan produksi dari Indonesia.


Namun, selepas filem Harry Boy, beliau berkahwin (dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob)
pada 1991, sekali gus mengundurkan diri untuk memberi fokus kepada keluarga. Walaupun tidak
lagi berlakon, beliau telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd untuk menerbitkan drama TV.
Menerusi syarikat itu produksi seperti Anak Angkat (lakonan Ida Nerina) dan kembali (Azean
Irdawaty) berjaya mendapat pengiktirafan dalam Anugerah Skrin TV3. Beliau turut menubuhkan
Pena Creative Pictures Sdn Bhd, mengakui tugas sebagai produser adalah lebih mencabar.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net