ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 17-Nov-2007 11:15 Email | Share | Bookmark
SHASHA ELITE & SALYO PRIYANTO KAHWIN

 
Shasha Elite & Salyo Priyanto
 
 
 
 
 
SHASHA ELITE KAHWIN
Contributed by Arni Yeti @ Jl Karya, Medan

Pada 10 November lalu, Sasha Mohamad Saidin atau Shasha Elite telah selamat
diijabkabulkan dengan kenalan lamanya, Salyo Priyanto di Jakarta, Indonesia.
Kedua-dua pasangan itu pernah gagal dalam perkahwinan pertama masing-masing sebelum
ini. Salyo Priyanto yang berasal dari Solo, Jawa Tengah ialah seorang penerbit
video sementara Shasha ialah bekas penyanyi kumpulan Elite.

Upacara pernikahan telah disempurnakan oleh bapa Sasha sendiri, Mohamad Saidin
Osman, disaksikan oleh ibunya, Siti Aishah Abdullah, ibu bapa pihak lelaki dan
anggota keluarga masing- masing dalam majlis sederhana yang berlangsung di Masjid
Baitussalam, Duren Tiga, Jakarta Selatan.

Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) turut disaksikan
oleh wakil jabatan agama Jakarta Selatan dan Penasihat Agama Kedutaan Malaysia,
Tuan Ismail Tuan Abdullah. Sasha menerima mas kahwin istimewa berupa set barangan
kemas seberat 12 gram mirip perhiasan yang pernah ditempah oleh Lady Diana dari
tukang emas terkenal Solo.

Dia yang kelihatan manis mengenakan pakaian gadis Jawa, berkebaya putih bersulam
dan bertudung kepala dengan hiasan bunga melati dan bersarung batik sementara Salyo
kelihatan tampan dengan baju Melayu putih dan bersamping gelap, memperlihatkan
seperti pertukaran budaya antara kedua mempelai.

Salyo hanya melafazkan sekali akad nikah itu sebelum menandatangani ikrar sebagai
pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin
berupa barang kemas seperti rantai, subang dan gelang dan menyarung cincin ikatan
pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang. Menurut Sasha, dia bersyukur
kerana majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana harmoni dan menerima doa
restu kedua keluarga.


Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net