ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Nov-2007 11:06 Email | Share | Bookmark
NORA: ALBUM BARU PENTING!

 
 
 
 
 
 
 
NORA: ALBUM BARU PENTING!
Contributed by Naz @ Sepang


Nora jarang sekali menyimpan rambut panjang melepas bahunya sejak bergelar penyanyi
pada awal 1990-an. Tentunya gaya dan potongan rambut pendek lebih sesuai dengan
tubuhnya yang rendah. Kerjaya seni Nora bermula selepas menjuarai Bintang HMI pada
1992, seterusnya muncul dengan album pertama, Sandiwara terbitan suaminya, Johan
Nawawi. Hingga kini, Nora antara penyanyi wanita yang mampu mempertahankan
populariti selepas berkahwin dan bergelar ibu.

Lima belas tahun berjuang dalam dunia seni bukan satu jangka waktu yang pendek buat
Nora. Pelbagai onak duri ditempuhi, namun anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu
tidak sedikitpun tergugat dengan kemunculan wajah baru. Biarpun ada yang mengatakan
namanya terpinggir selepas bercuti dua tahun apabila melahirkan anak ketiganya,
Putri Nor Dahlia, dia menegaskan kedudukan bahawa semangat juang masih tetap
bersamanya.

Begitulah keyakinan Nora atau nama sebenarnya Wan Nora Afiza Wan Ariffin yang
muncul dengan album Samudera 26 Seleksi Terbaik, baru-baru ini. Malah dua lagu
dalam album berkenaan, Secebis Harapan yang dijadikan lagu tema drama bersiri
Nuraisha dan Samudera kerap diputarkan di corong radio.

Nora mula dikenali melalui lagu Di Persimpangan Dilema mengakui kehadiran album
baru penting bagi penyanyi sepertinya sebagai tanda terus berada dalam industri
hiburan. Baginya, kalau tiada album, orang akan lupa dan penyanyi itu akan
tenggelam. Menyanyi adalah kerjayanya sejak sebelum kahwin hinggalah menjadi isteri
dan kini ibu tiga anak. Nora telah bertekad untuk terus menyanyi selagi mampu dan
diterima peminat.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net