ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Nov-2007 11:17 Email | Share | Bookmark
VEE DAN AZIZ: CERAI TAPI MESRA?

 
 
VEE DAN AZIZ: CERAI TAPI MESRA?
Contributed By Giggs @ Gombak


AZIZ M OSMAN:

"Tidak apa yang perlu dirahsiakan kepada umum mengenai hubungan saya dengan Vee
ketika ini kerana tiada petanda untuk kami kembali bersatu sebagai suami-isteri.
Tapi kami kini bersahabat baik. Selama 15 tahun bersama walaupun sekarang tiada
sebarang ikatan, kami masih berkongsi anak-anak"

"Saya akui sehingga saat ini makan pakai saya masih dipantau Vee. Saya potong
rambut seperti ini pun kena tegur dengan dia. Mungkin sebab sudah terbiasa kerana
sejak dulu lagi dialah yang menentukan baju apa yang sesuai dan patut saya pakai
memandangkan saya ini jenis manusia yang tidak kisahkan penampilan"

"Lagipun kami mengambil keputusan untuk berpisah bukan sebab saya sudah menyampah
tengok muka dia atau dia juga benci tengok muka saya, sebaliknya kami bercerai atas
sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan selain percaya ini sudah suratan
Tuhan"


VEE:

"Kita ini orang berniaga, kenalah jaga imej. Sebab itulah walaupun sudah bercerai
saya masih mengambil berat soal penampilan Aziz kerana dia bukan saja membawa
syarikat dia tetapi secara tidak langsung nama saya"

"Apa yang membuatkan kami terus berkawan baik sehingga hari ini kerana sebelum
mengambil keputusan bercerai, kami pernah berjanji untuk menjadi ibu bapa yang
baik. Kami tidak mahu merosakkan masa depan anak disebabkan orang tua bermusuhan"

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net