ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Nov-2007 11:22 Email | Share | Bookmark
MAWI, FARAH AF & ALLEYCATS GEGAR NORTHPORT!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
MAWI GEGAR NORTHPORT!
By AG


Pada 3 November lalu, bertempat di sebuah pelabuhan antarabangsa, Mawi telah
menghiburkan lebih 9500 pengunjung dan keluarga kakitangan Northport yang hadir.


Penganjur Pesta Northport 2007 telah berjaya membawa 3 artis ternama iaitu
Alleycats, Farah AF dan Mawi.


Persembahan pada hari tersebut dimulakan oleh Farah AF pada jam 11 pagi sebelum
muncul kembali diatas pentas untuk persembahan keduanya pada jam 2.30 petang.


Kira-kira pada pukul 11.30 pagi, David Arumugam mengambil giliran menghiburkan
penonton dengan rankaian lagu-lagu hits mereka seperti Sampaikanlah Salam dan
Sekuntum Mawar Merah.


Hujan lebat yang tiba-tiba mencurah turun pada penghujung pertandingan Northport
Idol dan sessi persembahan kedua Farah AF tidak mengugat kesabaran penonton. Mereka
masih tidak berganjak dan terus berteduh di bawah khemah yang disediakan penganjur.


Namun, aura Mawi nyata terhebat apabila mampu menarik para penonton menyanyi dan
menari bersama di dalam hujan. Kemunculan yang paling dinantikan itu tidak sia-sia
apabila Mawi mempersembahkan 5 buah lagu. Beliau turut mendendangkan Lagu Jiwa
secara duet bersama juara Northport Idol 2007. Persembahan bertenaga Mawi amat
menghiburkan dan memberi kepuasan para pengunjung Pesta Northport 2007.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net