ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Nov-2007 13:40 Email | Share | Bookmark
ANUAR ZAIN - LELAKI INI CETUS SATU FENOMENA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LELAKI INI CETUS SATU FENOMENA
By Giggs @ Gombak


Walau dilanda pelbagai cemuhan kerana memilih ramai komposer seberang bagi
menghasilkan sebuah album baru, Anuar Zain tidak mengendahkan segala kritikan yang
dilemparkan. Ada juga yang memperlekehkannya kerana tidak mempunyai sebarang album
sejak 5 tahun dulu, dan isu saman dari sebuah syarikat rakaman juga tidak
menghalang dirinya dari terus disayangi peminatnya.


Disebalik belanja besar yang dikeluarkan untuk menghasilkan album Anuar Zain, lagu
Lelaki Ini berjaya menduduki tempat teratas dalam pelbagai carta lagu hits
tempatan. Bukan sekadar meniti bibir pendengar, tetapi album terbarunya itu juga
berjaya menggoda peminat untuk terus membeli yang original. Selepas 2 bulan di
pasaran album Anuar Zain berjaya mencatat jualan mencecah 21,000 unit.


Pastinya rasa sayang peminat terhadap Anuar membawa kepada jumlah jualan yang
diluar jangkaan itu. Tiada apa yang lebih istimewa bagi seorang peminat setia Anuar
Zain selain memiliki album yang original dan berkualiti tinggi. Kesemua 10 lagu
yang dimuatkan adalah terlalu istimewa dengan sentuhan beberapa komposer dari
Indonesia dan Malaysia.


Walaupun pasaran album tempatan agak suram ketika ini, Anuar tetap yakin dengan
mengsasarkan jualan yang lebih banyak bagi tempoh 2 bulan yang akan datang. Malah,
kata-kata mengenai Anuar Zain di boikot kini semakin lenyap dan ramai yang
memandang kearah kualiti terbaik yang dihasilkannya.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net