ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Dec-2007 12:53 Email | Share | Bookmark
NANA TANJUNG 2 MASUK PANGGUNG

 
 
 
 
 
 
 
NANA TANJUNG 2 MASUK PANGGUNG
Contributed by Nory @ Puchong


Bermula 29 November lalu, Nana Tanjung 2 yang merupakan sabungan dari filem Nana Tanjung
mula memasuki pawagam tanahair dengan sajian komedi yang cukup menghiburkan! Filem yang
dihasilkan oleh pengarah terkenal Prof Madya A. Razak Mohaideen ini membariskan pelakon-
pelakon asal seperti Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda dan Jehan Miskin.


Nana Tanjung 2 mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Nana Kassim (Piee) yang berubah
apabila pelbagai cerita timbul mengenai hubungan dua anak perempuannya, Khairunisa (Fasha)
dan Balkis (Waheeda) dengan bakal suami masing-masing. Nana yang mendengar tohmahan jiran
(lakonan Azean Irdawati) memutuskan untuk tidak membenarkan mereka bertemu dengan anak-anak
gadisnya sehingga majlis akad nikah.


Syarat tersebut menyebabkan Akhbar Khan (lakonan Saiful Apek) dan Zul (lakonan Jehan Miskin)
mencari pelbagai pendekatan dan helah untuk berjumpa kekasih hati mereka, sehinggalah timbul
masalah dan konflik lain dalam hidup ahli keluarga Nana Tanjung. Dalam masa yang sama, Nana
juga menjalinkan hubungan cinta dengan teman wanita lamanya, Mami Mumtaz (Sheila Mambo).


Bukan setakat lawak jenaka, Nana Tanjung 2 juga turut menyaksikan konflik-konflik yang
terjadi di dalam hubungan cinta anak-anak Nana Kassim. Elemen komedi yang ditonjolkan di
dalam filem ini sangat mencuit hati, apatah lagi tunggak utamanya ialah pelawak nombor satu
negara, Saiful Apek. Ditambah dengan aksi lawak selamba Piee, penonton pastinya tidak kering
gusi melihat telatah karektor-karektor yang ditampilkan.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net