ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Dec-2007 13:59 Email | Share | Bookmark
HADIAH DARIPADA HATI SITI NURHALIZA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
HADIAH DARIPADA HATI SITI NURHALIZA
Contributed By Naz @ Sepang


Khabar gembira buat semua adalah kemunculan album terbaru daripada Siti Nurhaliza, Hadiah
Daripada Hati. Siti berharap para peminat dapat bersabar menunggu tarikh 10 Disember di mana
album ini bakal dipasarkan. Album ini merupakan hadiah teristimewa untuk semua peminat Siti
yang telah lama menunggu kemunculannya. Semoga pendengar berpuas hati bila mendengarkan
hasilnya nanti.


Siti juga berharap agar peminatnya membeli album yang original. Jika mahu muat turun biarlah
daripada sumber yang betul, SN Mobile Digital, iaitu syarikat milik Siti yang sah. Dengan
adanya album baru ini, para peminat dapat menjadikannya koleksi istimewa dan akan sukakan
lagu-lagu yang terdapat di dalamnya. Pelbagai maklumat turut diselitkan dalam album itu
nanti termasuk kod lagu dan sebagainya.


Siti yang amat berpuas hati dengan penghasilan album ini tidak mahu ianya dibandingkan
dengan album-album terdahulu. Baginya, setiap daripada karya yang dia rakamkan adalah
berbeza-beza keistimewaannya. Siti juga amat berterima kasih kepada semua penyokongnya yang
tidak pernah jemu kerana membawa lagu Destinasi Cinta ke final Juara Lagu. Dia berhasrat
untuk menggalas tanggungjawab tersebut sebaik munkin di final AJL nanti.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net