ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Dec-2007 20:44 Email | Share | Bookmark
PERKAHWINAN SYARIFAH ALEYA & ASHRAF

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PERKAHWINAN SYARIFAH ALEYA & ASHRAF
Contributed by Eiena @ Kuala Lumpur


Bertempat di Masjid Al-Mukharammah, Bandar Sri Damansara pada 8 Disember lalu,
Syarifah Aleya (Leya), 24 tahun telah selamat dinikahkan dengan Muhammad Ashraf
Aasimuddin, 27 tahun. Hanya sekali lafaz di depan bapa Leya, Syed Zainal Rashid.

Ashraf menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101.00 kepada Leya serta wang hantaran
sebanyak RM10,101.00. Selain itu, Leya turut menerima 7 dulang hantaran antaranya
ialah al-Quran, telekung, tepak sirih, cincin serta hiasan, sebuah iPod dan minyak wangi.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang diantaranya
adalah kek, jam tangan, minyak wangi, kasut serta sebuah telefon bimbit. Pasangan ini
mengikat tali pertunangan lebih kurang setahun yang lalu selepas hampir dua tahun berkenalan.

Leya mula dikenali melalui filem Idola dan pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu
Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi filem Trauma. Ashraf pula
merupakan bekas ahli kumpulan Pretty Ugly yang kini menjadi seorang pemuzik bebas.

Walaupun sederhana, majlis resepsi kedua-dua mempelai telah berlangsung dalam keadaan
meriah di Hotel Legend sehari selepas majlis pernikahan. Selamat Pengantin Baru dari
Artis Glamer!

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net