ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Dec-2007 15:28 Email | Share | Bookmark
ROSLAN AZIZ JUGA IKON MALAYSIA?

 
 
 
 
 
300
 
 
 
 
 
405
 
 
ROSLAN AZIZ JUGA IKON MALAYSIA?
Contributed By Naz @ Sepang


Bermula sebagai seorang ahli muzik, Roslan Aziz merupakan tokoh yang mengembangkan karier
artis berkaliber yang sukar ditandingi seperti Afdlin Shauki, Sheila Majid, Zainal Abidin,
Amir Yusoff, Zubir Ali dan Atilia. Penubuhan Roslan Aziz Production (RAP), berjaya membawa
industri muzik tempatan bukan sahaja menggegarkan persada muzik serantau, malah di arena
seni hiburan di Jepun, Eropah dan Amerika Selatan.


Walau hanya 15 album dalam 15 tahun, namun kejayaan yang dicapai RAP tetap hebat. Roslan
Aziz lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti untuk setiap terbitannya. Hasil-hasilnya
yang berbunyi unik dan diasah dengan sempurna membolehkannya memperoleh pengiktirafan dan
penghargaan dari dalam dan luar negara.


Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Roslan Aziz ialah:
-Album Terbaik untuk album Gamal di AIM (1995)
-Album Terbaik untuk album Emosi di Anugerah BASF di Indonesia (1987)
-Most Promising Producer pada 'Music Producers Awards' di Amerika Syarikat (2002).


Roslan Aziz merupakan pengarah konsert bersejarah Datin Seri Siti Nurhaliza di Royal Albert
Hall, London pada 1 April 2005. Selepas itu beliau menjadi pengarah muzik Puteri Gunung
Ledang The Musical pada Februari 2006. Roslan Aziz juga pernah menyandang tugas sebagai
pengkritik tetap Malaysian Idol dan kemudian dilantik sebagai pengetua bagi Akademi Fantasia
Musim ke-5.


Tidak cukup dengan itu, Roslan turut membantu Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew untuk
menjayakan Ikon Malaysia. Kini, setelah menempa pelbagai kejayaan dalam bidang seni, beliau
melangkah ke dunia lakonan pula apabila memegang watak Datuk Ross dalam drama bersiri Kerana
Karina. Wa Caya Roslan Aziz!

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net