ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Dec-2007 16:49 Email | Share | Bookmark
ANUGERAH ARTIS GLAMER 2007

 
ANUGERAH ARTIS GLAMER 2007
By AG & Giggs

PERKAHWINAN PALING GLAMER 2007

ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN
Walaupun tidak menetapkan jumlah hantaran tinggi serta hanya meminta senaskah Al-Quran,
perkahwinan primadona filem melayu ini tetap menjadi pilihan kerana daya tarikan yang luar
biasa. Biarpun marancang majlis yang sekadar sederhana, perkahwinan ini tetap paling glamer.
Calon Lain: Lisdawati-Fauzi, Shasha-Salyo & Ina-Suhaimi.

PERTUNANGAN PALING GLAMER 2007

NING BAIZURA & OMAR SHARIFF
Penantian jutaan peminat untuk melihat Ning Baizura berumahtangga membuatkan majlis
pertunangan ini adalah yang paling glamer. Walaupun diumumkan kurang seminggu dari tarikh
sebenar, publisiti yang diberikan media amat luar biasa dan menjadi topik hangat seluruh
negara. Tunangan Ning ialah seorang lelaki Inggeris.
Calon Lain: Erra-Engku Emran, Zul Yahya-Tunang.

PENCERAIAN PALING GLAMER 2007

FAUZIAH LATIFF & JOHAN ENDOT
Penyanyi kesayangan ramai ini mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan penceraiannya.
Setelah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata, kedua-duanya mengambil
keputusan untuk memilih haluan berasingan. Walaupun bercerai, hubungan mereka dilihat masih
akrab demi anak-anak.
Calon Lain: Aziz-Vee, Paula Malai Ali.

PERPISAHAN PALING GLAMER 2007

ERRA FAZIRA & HANS ISAAC
Walaupun hubungan mereka pernah menjadi sebuah rahsia, namun perpisahan mereka umpama gempar
bumi terhebat. Percintaan yang berputik di lokasi penggambaran filem menjadi teka-teki pihak
media dan peminat kerana kedua-duanya sering menafikan hubungan mereka. Akhirnya, hubungan
ini terputus kerana hadirnya orang ketiga.
Calon Lain: Irma-Farid.

FESYEN PALING GLAMER 2007

SITI NURHALIZA
Bukanlah kerana daya kreatif seorang pereka fesyen yang menyebabkan pakaian yang dipakai
menjadi pilihan. Tetapi, orang yang menyarungkan hasil rekaannya telah membawa ciptaannya
menjadi isu fesyen paling hangat tahun ini. Jutaan peminat terkejut dengan rekaan luar biasa
yang digayakan di majlis pelancaran albumnya.
Calon Lain: Ella at AE07

SKANDAL PALING GLAMER 2007

KLIP VIDEO ELLA
Dunia hiburan tanahair digegarkan dengan sebuah klip video lucah yang tersebar. Ramai yang
mengaitkan klip video tersebut dengan Ratu Rock negara. Namun, ianya dinafikan dan
menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.
Calon Lain: Intan Ladyana-Kevin Zahari.

PASANGAN PALING GLAMER 2007

ASHRAF SINCLAIR & BUNGA CITRA LESTARI
Pada mulanya, mereka hanya mengakui hubungan mereka sekadar teman tapi mesra. Namun setelah
gambar pasangan kekasih ini berkucupan di pantai Bali tersebar meluas di internet, tiada
lagi rahsia antara kita. Kedua-duanya membuat pengakuan mengenai hubungan intim mereka dan
menjadi salah satu cerita paling sensasi 2007.
Calon Lain: Linda-Fahrin.

PERSELISIHAN PALING GLAMER 2007

NASH & SOSILAWATI
Perkahwinan mereka dianggap sebagai penyatuan ideal kerana keduanya pernah kecewa dalam
rumahtangga terdahulu. Kekecewaan dahulu sepatutnya menjadi panduan untuk hidup yang lebih
sempurna dan bahagia. Namun, hanya beberapa bulan melayari bahtera yang baru, ombak besar
tiba-tiba melanda. Rumahtangga mereka bergelora dan amat memeranjatkan peminat seluruh negara.

AKSI PALING GLAMER 2007

BABAK CIUM DEANNA YUSOF
Walaupun sekadar untuk tontonan umum di Singapura, aksi pelakon ini dalam satu adegan cium
menjadi bualan hangat di Malaysia. Klip yang dipetik dari sebuah drama terbitan TV Singapura
ini tersebar luas termasuk di You Tube. Walaupun tiada komen balas dari artis ini, babak ini
mengundang pelbagai reaksi dari seluruh negara.
Calon Lain: Ashraf-Bunga

KANTOI PALING GLAMER 2007

AKO MUSTAPHA DITANGKAP BASAH
Kes tangkap basah ini merupakan satu lagi kejutan besar buat peminat drama TV. Pelakon macho
yang sangat diminati ini telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah
kondominium di Hulu Kelang. Semasa diserbu, beliau didapati berada di dalam sebuah bilik di
kediaman itu dengan seorang wanita.
Calon Lain: Mazidul Akmal Sidek

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net