ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jan-2008 13:34 Email | Share | Bookmark
PERKAHWINAN ZUL YAHYA & RAIHAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PERKAHWINAN ZUL YAHYA & RAIHAN
Contributed by Nashua @ Shah Alam


Setelah 15 tahun keseorangan, pelakon popular, Zul Yahya mengakhiri zaman dudanya apabila
mengahwini Raihan pada 24 Disember 2007. Zul, 37 tahun mula mengenali Raihan, 23 tahun
semasa program Suzana @ 60 di Istana Budaya kira-kira setahun lalu.


Mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Irsyad, Pokok Sena, Kedah. Pada majlis tersebut,
pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111,11 berserta mas kahwin
sebanyak RM2,020.00. Raihan turut menerima sebentuk gelang emas putih.


Pelakon yang popular dengan siri Kabir Zero Kabir Hero ini berharap perkahwinan ini akan
memberi kebahagiaan kepadanya. Zul juga tidak akan menghalang Raihan untuk terus aktif
sebagai penari Istana Budaya sebagaimana isterinya memahami kerjayanya sebagai pelakon.


Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada bulan Januari dan seterusnya akan
mengerjakan umrah. Zul yang pernah kecewa dalam perkahwinan pertamanya kira-kira 15 tahun
lalu berharap peminat dapat mendoakan kebahagiaan untuk mereka untuk selamanya.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net