ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jan-2008 15:53 Email | Share | Bookmark
SITI NURHALIZA KINI SUDAH BERTUDUNG

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SITI KINI SUDAH BERTUDUNG
Contributed by Naz @ Sepang


Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali telah tampil dengan imej bertudung
di majlis hari jadi Chef Wan baru-baru ini. Siti yang baru selesai menunaikan ibadah haji
telah selamat pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu.


Menurut penyanyi nombor satu negara itu, dia akan cuba mengekalkan penampilan bertudung ini.
Siti tetap menjadi perhatian para media walaupun hadir ke majlis tersebut dengan tudung
rekaan Datuk Bernard Chandran.


Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22
pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil. Namun Siti masih kurang pasti mengenai
corak tudung yang akan digayakannya ketika membawa lagu yang agak rancak, Destinasi Cinta.


Dia juga sedar bahawa penampilannya itu akan menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, namun
dia tetap tabah dan yakin kerana apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati. Siti
juga bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji bersama suami,
ibu dan abangnya.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net