ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jan-2008 16:10 Email | Share | Bookmark
CUCI: LAHIRNYA FILEM PERTAMA ARAHAN HANS ISAAC

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
CUCI: LAHIRNYA FILEM PERTAMA ARAHAN HANS ISAAC
Contributed by Yus @ Bayu Tasik


Setelah lebih 15 tahun berlakon, Hans Isaac kini melangkah selangkah lagi dalam dunia seni
apabila mengarah dan berlakon dalam filem CUCI. Filem arahan Hans yang pertama ini dibawakan
dalam Genre Komedi Selamba dan bakal menemui peminat pada 24 Januari 2008 nanti.


Menurut Hans, dia amat berbangga dan bertuah kerana dapat bekerja di samping teman-teman
rapatnya iaitu Afdlin Shauki, Awie dan Ac Mizal. Keserasian mereka banyak membantu dalam
menjadikan filem ini sesuatu yang istimewa untuk disajikan kepada para penonton.


Lakonan Erra Fazira pastinya dapat menambahkan kekuatan filem ini selain dibantu oleh
sahabat karibnya Umie Aida. Antara yang turut berlakon dalam CUCI ialah Dato' Rahim Razali,
Syanie, Elaine Daly, Que Haidar, Ida Nerina, Harith Iskandar, Ako Mustapha dan Rusdi Ramli.



CUCI juga merupakan hasil tulisan Hans Isaac dan Harith Iskander, penuh dengan warna-warni
kehidupan, semangat bekerja dan keceriaan. Filem terbitan Tall Order Productions milik Hans
Isaac
bersama Tune Entertainment Group membawakan mesej utamanya iaitu Malaysia Boleh.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net